Wednesday, August 5, 2009

Lencana Sekolah Kebangsaan Kubu, Marang, Terengganu


Lencana sekolah dicipta oleh Cikgu Razali bin Che Mat dalam Tahun 1980.

Keterangan mengenai logo :

Warna merah – semangat berani

Warna kuning - berdisiplin dan berakhlak mulia

Warna hijau – aman damai

Warna hitam – belajar bersungguh-sungguh

Nyalaan obor – semangat belajar yang sentiasa membara

Kunci – belajar kunci kejayaan

Gambar pokok padi – simbol sekolah sebagai Pembina insan berguna


MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU


‘ Usaha Jaya ’


Sunday, July 26, 2009

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU, MARANG

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awal penubuhan, Sekolah Kebangsaan Kubu bermula di sebuah tapak berhampiran dengan sungai Pengkalan Berangan dikenali sebagai sekolah umum. Pada waktu itu, penempatan penduduk terletak berhampiran dengan sungai tersebut. Sungai ini menjadi nadi utama sebagai jalan perhubungan penduduk setempat ke pekan berhampiran iaitu Pengkalan Berangan dan Marang.

Pada waktu itu, penduduk kampung merasakan pendidikan amat diperlukan. Sehubungan itu, maka seorang perintis telah membuka sebuah tempat belajar untuk orang Kampung Kubu. Pada awal penubuhan, para pelajar hanya belajar di sebuah bangsal bertiangkan batang nibung dan beratapkan daun sagu serta beralaskan bangku kayu. Tarikh permulaan sekolah diasaskan oleh Cikgu Ismail bin Othman dari Pekan Marang dalam tahun 1956.

Bilangan murid pada ketika itu seramai lebih 22 orang. Sekolah ini juga digunakan bagi orang-orang dewasa pada sebelah malam untuk belajar ( sekolah orang-orang dewasa ) yang mana Abdul Majid bin Salleh selaku guru, kini tinggal di Kampung Tasek, Kubu.

Pada tahun 1963 sekolah umum tersebut telah dipindahkan ke tapak baru dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kubu . Sebuah bangunan kayu didirikan dengan peruntukan kerajaan. Bangunan ini pernah ditenggelami banjir sehingga ke paras bumbung pada bulan November tahun 1986 yang mana merupakan banjir terbesar pernah melanda Kampung Kubu dan sekitar. Ekoran peristiwa tersebut, banyak rekod-rekod dan peralatan sekolah musnah.

Seterusnya, pada tahun 2002 keseluruhan sekolah diganti dengan bangunan dan kemudahan baru di bawah peruntukan Projek RMK ke-8. Keluasan tapak sekolah adalah seluas 6.5 ekar. Pada bulan Oktober 2003, Sekolah Kebangsaan Kubu mula beroperasi sepenuhnya di bangunan baru.



SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU.

SENARAI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU.

  • Cikgu Ismail bin Othman ( 1956 – 1958 )
  • Cikgu Abdullah bin Hj. Omar ( 1959 – 1960 )
  • Cikgu Awang bin Salleh ( 1960 – 1963 )
  • Cikgu Ibrahim bin Awang ( 1964 – 1970 )
  • Cikgu Ramli bin Abu Bakar ( 1971 – 1976 )
  • Cikgu Tuan Muda bin Awang Teh ( 1977 – 1979 )
  • Cikgu Yusof bin Awang ( 1980 hingga 01.01.1986 )
  • Cikgu Yusof bin Ali ( 02.01.1986 hingga 31.12.1986 )
  • Cikgu Tn. Hj. Abdul Razak bin Tn. Yusoff ( 01.01.1987 – 31.12.1993 )
  • Cikgu Kamaruddin bin Ariffin ( 01.01.1994 – 30.10.1999 )
  • Cikgu YM Hj. Idrus @ Syed Idrus bin Syed Alwi ( 31.10.1999 – 01.12.2003 )
  • Cikgu Pn. Hjh. Meriam bt. Awang ( 02.12.2003 – 21.03.2005 )
  • Cikgu Razali bin Hj. Ab. Aziz ( 22.03.2005 – 06.02.2006 )
  • Cikgu Sohairi bin Mohd Rais ( 07.02.2006 – 15.02.2007 )
  • Cikgu Hassan Bin Embong ( 16.06.2007 – 31.05.2008 )
  • Cikgu Zakaria Bin Mohd ( 01.06.2008 - sekarang )